Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar memulakan pengajiannya pada 1 Disember 1994. Pada waktu itu SMKSL ditempatkan atau menumpang di blok F, Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan pada sesi petang sahaja. Pada peringkat awl penubuhannya, hanya terdapat enam kelas tingakatan satu dengan jumlah pelajar seramai 223 orang. tenaga pengajar pula seramai 13 orang. Pengetua pertama ialah Puan Hajah Subaidah Binti Haji Abdul Rahman.

  Tanggal 29 November 1995, semua pelajar dan guru yang menumpang di Sekolah Menengah Ibrahim telah berpindah ke sekolah atau bangunan baru di Sungai Layar Hujung. Pada peringkat awal, Hanya blok A, B dan C sahaja yang boleh digunakan. Pada waktu itu SMKSL hanya mempunyai lapan kelas tingkatan 1 dan enam kelas tingkatan 2.

  Pada 5 Januari 1996, pendaftaran tingkatan pelajar 4 bermula. Pelajar-pelajar tersebut adalah merupakan sekumpulan pelajar Tawaran Khas Jabatan Pendidikan Negeri dari beberapa buah sekolah dalam daerah Kuala Muda Yan.

  Mulai tahun berikutnya, SMKSL telah mencipta nama dalan pelbagai bidang di peringkat daerah dan juga negeri sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. SMKSL juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara baik peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Pada tahun 2010 SMKSL telah menerima pengiktirafan sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar Penanda Aras.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: